Wednesday 13 June 2012

InsyaALLAH.....anak2 YAKIN BOLEH.......

Kata2 pujangga........

Saya adalah apa yang saya fikirkan......

Jika saya fikir saya tewas
Saya akan tewas
Jika saya fikir saya takut
Saya akan takut
Jika saya ingin menang,tetapi saya fikir saya tidak boleh,
Besar kemungkinan saya tidak akan menang
Jika saya fikir saya kalah
Saya akan kalah

Kejayaan bermula dari otak manusia
Semuanya tertanam dalam mindanya
Saya mesti berjiwa besar untuk maju
Saya mesti yakin pada diri sendiri sebelum saya menang
Perjuangan hidup tidak semestinya berpihak 
kepada mereka yang kuat dan pantas
Lambat laun mereka yang menang ialah
mereka yang berfikir

' SAYA BOLEH........'

Sunday 10 June 2012

Mencarî sinar...

Rakan2 yang mendapat bintang akan di lantik menjadî guru muda\mentor . Kita akan mula dengan mata pelajaran matematik ting 3 dulu.Penerima bintang yang sanggup sahaja akan dilantik sebagai guru muda\mentor ,mereka akan diberi sijil penghargaan . Mentee akan diambil daripada pelajar yang gagal mata pelajaran matematik . Semoga Berjaya :D

Menggapai bintang di langit...

InsyaAllah...tahun ini...jika tiada halangan...anak2 smksi tingkatan 3 dan 5 yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan pertengahan tahun 2012 akan dikurniakan bintang. Ini sebagai dorongan dan motivasi untuk terus berusaha tanpa jemu. Ingatlah, anak2 semua berkebolehan untuk memajukan diri sendiri.

Ini adalah harapan semua...Mendapat anugerah di sekolah bukan saja satu keistimewaan tetapi satu tanggung jawab yang besar.Bimbinglah rakan2 yang lain yang kurang cemerlang...dalam `program mencari sinar`..

-berat sama dipikul, ringan sama dijinjing-

Tuesday 5 June 2012

Buat tatapan warga sekolah....

Syarat2 Anugerah Kecemerlangan  Akademik PMR
    -   % semua A mesti melebihi 20%
    -   % lulus melebihi 90%
    -   GPS kurang 2.00

Lonjakan % lulus melebihi 10 %

Syarat2 Anugerah kecemerlangan Akademik SPM
     -   % semua A melebihi 10%
     -   % lulus melebihi 90%
     -   GPS kurang 3.00

Lonjakan % lulus melebihi 8%

" Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah"

" saya percaya: esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari
   ini tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada
   hari esok"




....Renung2lah.....

terapung sama hanyut, terendam sama basah....

Rasulullah s.a.w bersabda 'Setiap kamu ialah pemimpin dan setiap kamu juga bertanggung jawab terhadap yang dipimpinnya ( hadith riwayat Al-Tarmizi )
Usia kita sebenarnya pendek dan setiap seorang daripada kita akan dipersoalkan tentang apa yang kita lakukan di dunia ini...
Kalau dalam konteks keluarga,jika kita sayang keluarga kita,sudah tentu kita akan lakukan dengan ikhlas dan sanggup berkorban apa saja,tidak pernah rasa letih dan kecewa.....
Begitu juga dalam organisasi sekolah, kita sayangkan anak2 didik,guru2 dan staf2 kita,kita nak tengok semuanya cemerlang.
Bukan sekarang sahaja tetapi 10,20,30 tahun akan datang..kita bertanggung jawab atas kemenjadian anak2...soleh @ solehah atau tidak......Tetapi bukan hanya mendapat straight As'bahkan ada diantara mereka ini yang telah lupa pada tangan2 yang pernah membuainya,lupa pada tangan2 yang pernah menghayun rotan...atau lupa pada tangan2 yang pernah menepuk bahunya dan lupa pada tangan2 yang bersalam dengannya....
Kita akan bekerja keras..bekerja dengan jujur dan ikhlas..kerja sebagai satu pasukan yang kuat.Kita akan rasa serenok bekerja sebab kita tahu ganjaran akhirnya Allah S.W.T jua yang beri.Banyak2lah berdoa semoga apa yang kita lakukan ini mendapat berkat dan rahmatNYA.....Amin...

Oh......saujana...

'Saujana' membawa erti sejauh mata memandang, pandangan jauh ke hadapan atau sebuah visi.
Visi amatlah jelas tetapi untuk mencapainya akan mengambil waktu yang panjang,terpaksa mengharungi segala dugaan dan cubaan.
'Impian' membawa maksud angan2,sesuatu yang diidamkan atau didambakan.maka lahirlah cita2.Cita2 adalah pemula azam yang kuat untuk mencapai kejayaan......
Maka tahulah cikgu betapa besarnya makna...dan erti...SMKSI...


Renung2kanlah.....

selangkah...ke smksi..

Apabila mula-mula cikgu dapat jawatan pengetua,hati tiba-tiba berasa gembira berbaur hiba.Terbayang wajah2 kesayangan di smk Bdr Tun Hussein Onn 2,air mata bercucuran tiada henti2.Telefon dan msg masuk bertalu2.Cikgu tak mahu ucap selamat tinggal kerana cikgu harap kalian carilah cikgu...terima kasih  kerana telah menceriakan hidup cikgu selama di sana...
Pertama kali,jejak kaki di smksi,cikgu dapati anak2 smksi tidak jauh berbeza dr smkbtho2.Kita mempunyai impian yang sama,cita2 yang sama ...visi yang sama.....oh..saujana....

permulaan.....

Assalamualaikum w.b.t.........
Alhamdulillah..dengan hasil bantuan daripada anak-anak,dapat juga cikgu menyiapkan blog sendiri buat tatapan seluruh warga sekolah.
Blog ini penting buat cikgu kerana banyak perkara yang perlu cikgu kongsi bersama.